SSD lebih pantas

Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini.

Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!

 

INTEL Corporation mengumumkan edisi terkini pemacu storan ’solid-state’ berkeupayaan tinggi (SSD), Intel X25-V Value SATA SSD yang disasarkan untuk segmen netbook dan PC desktop yang menggunakan dwipemacu storan (SSD/HDD).

SSD 40 gigabait (GB) berharga AS$125 itu boleh menggantikan atau bergerak seiring dengan HDD tapi tanpa sebarang bahagian yang bergerak atau plat berpusing untuk menjadikannya boleh dijadikan sandaran serta berkeupayaan tinggi.

Berasaskan keupayaan tinggi itu, pengguna menjadi lebih produktif kerana tahap responsif pantas ke atas keseluruhan sistem.

Dengan pelarasan dwipemacu, Intel X25-V SSD ini dipasang ke dalam PC sejajar dengan HDD. SSD akan dijadikan sebagai lokasi simpanan sistem operasi dan pelbagai aplikasi utama lain untuk mengambil kesempatan ke atas kepantasannya iaitu hampir empat kali lebih pantas berbanding HDD berkelajuan 7200RPM.

Dengan kapasiti pemacu SSD 40GB yang ditetapkan untuk membuat ‘boot’ sistem PC, SSD terbabit boleh menampung sistem operasi Microsoft Windows 7, aplikasi Microsoft Office atau lain-lain aplikasi termasuk game dengan peningkatan prestasi sistem sehingga 43 peratus lebih pantas dan penambahbaikan pengalaman bermain game sehingga 86 peratus.