Pengenalan kepada SEO

SEO ialah merupakan akronim bagi Search Engine Optimization. Ia adalah teknik bagi meningkatkan kedudukan laman web / blog dalam paparan keputusan carian atau SERPs (search engine ranking page). Kedudukan yang tinggi dan berada dalam paparan pertama keputusan carian amat penting kerana biasanya hanya kedudukan pertama hingga ke sepuluh dilawati oleh pengguna laman web carian.

 

SEO ialah teknik khusus yang diimplemen dengan mengambil kira kriteria-kriteria yang digunakan oleh enjin carian seperti Google bagi menentukan kedudukan laman web tertentu dalam paparan keputusan cariannya. Teknik SEO terbahagi kepada dua bahagian iaitu SEO onpage dan SEO offpage.Teknik SEO onpage adalah teknik yang dilakukan ke atas kod HTML laman web. Ia hanya memerlukan kemahiran pengaturcaraan yang amat minimum  dan amat mudah dilakukan. Antara teknik SEO onpage adalah meta tag, meta description, meta keywords, tag title, tag heading dan lain-lain.

Teknik SEO offpage pula ialah teknik SEO yang dilakukan diluar laman web. Ia adalah satu faktor yang tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh kita. Ini kerana teknik SEO offpage bergantung sepenuhnya pada backlink. Secara teknikal, backlink merujuk kepada pautan daripada laman web lain pada laman web kita. Google dan enjin carian yang lain peka dengan backlink yang menuju kepada laman web kita. Semakin banyak jumlah backlink, semakin tinggi kedudukan laman web kita dalam enjin carian. Backlink adalah satu unsur penting dalam teknik Search Engine Optimization atau SEO.

Terdapat beberapa cara mendapatkan backlink daripada laman web yang lain. Antaranya adalah dengan cara memberi komen di blog orang lain. Cara lain ialah melalui forum, direktori, laman web sosial dan lain-lain.