Lindungi BIOS Komputer Anda

Adakah anda menggunakan kata laluan untuk memasuki Windows komputer ataupun laptop anda? Jika ya, anda sebenarnya bertindak bijak kerana peka dengan keselamatan data yang berada dalam komputer anda. Tahukah anda, komputer yang dilindungi tadi masih mampu diakses oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Mereka-mereka ini akan menggunakan berbagai trik untuk menceroboh sistem. Jadi untuk mengelakkan perkara ini berlaku, elokla anda memasang kata laluan pada BIOS sistem komputer anda supaya tiada siapa pun dapat memanipulasikan ketetapan pada sistem tanpa kebenaran. Pastikan juga anda mengubah ketetapan pada BIOS supaya sistem ‘boot’ pada pemacu keras (harddisk) bukannya pada pemacu Cd-Rom atau sebagainya.