cara membuat email di google

Harini saya ingin berkongsi tutorial asas cara membuat email gmail iaitu servis email yang disediakan oleh pihak Google. Email ini sangat mudah digunakan dan yang paling penting ianya adalah percuma!

Cara Membuat Email Google

Baiklah. Saya akan tunjukan langkah demi langkah cara untuk membuat email gmail ini.

Cara Membuat Email Google

  • taip www.gmail.com pada ruangan address di browser internet. Paparan seperti di bawah akan muncul.

 

Cara Membuat Email Google

  • Kemudian anda klik pada butang ” Create an account” yang akan membawa anda ke paparan berikut.

    Klik gambar untuk melihat contoh cara mengisi borang tersebut.

 

Cara Membuat Email Google

  • Isi borang tersebut dengan lengkap seperti yang diminta oleh pihak Google. Setelah selesai mengisi maklumat dengan lengkap, klik butang ” i accept. create my account.” Sekirannya berjaya, paparan seperti berikut akan muncul..
  • Tahniah kerana anda telah berjaya membuka akaun Gmail sendiri. Klik “Show me my account” dan anda akan dibawa ke paparan akaun gmail anda yang telah dibuat sebentar tadi.

Tahniah sekali lagi kerana anda telah berjaya membuka akaun email Gmail. Servis email Gmail yang dimiliki oleh Google ini amat mudah digunakan dan mempunyai banyak menu atau aplikasi  yang saya kira sangat bermanfaat untuk kita semua. Antara aplikasi tersebut ialah Calendar, Documents, Web, Readers dan banyak lagi.

Contohnya aplikasi documents yang amat berguna untuk kita membina dan menyimpan dokumen seperti Words, Excel dan lain-lain secara online dan menariknya kita mampu mengakses dokumen tersebut di mana sahaja asalkan mempunyai komputer dan talian internet. Hebat kan?

Oh ya, sebelum terlupa ingin saya ingatkan supaya anda “Sign out” akaun gmail anda setiap kali selesai menggunakannya. Butang Sign out berada pada bahagian atas kanan akaun gmail anda. Jangan lupa Sign out untuk keselamatan anda. Mana lah tahu kan mungkin ada orang lain akan akses akaun gmail dan menyalahgunakan email tersebut untuk tujuan keburukan. Perkara ini biasa terjadi terutamanya bagi pengguna komputer di cyber cafe dan sebagainya. Jadi, berhati-hati ok!

” macam mana pula cara nak masuk ke akaun gmail kita semula?”

Begini caranya, taip www.gmail.com pada browser internet komputer anda dan isi username dan password yang telah anda gunakan semasa pendaftaran email tersebut. Pastikan juga anda mengisi nama email anda tanpa @gmail.com. Contohnya email saya tutorialsiber@gmail.com dan saya hanya perlu isi tutorialsiber sahaja pada ruangan username. Setelah selesai, klik butang Sign in. Tada!! Anda berjaya masuk ke akaun Gmail dengan selamatnya.

Ok.Sampai di sini sahaja tutorial untuk kali ini. Saya akan sentuh tentang aplikasi Google yang lain pada masa akan datang. Selamat mencuba.